Sunday, 13 May 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Perkara : Bahasa Melayu

Tahun : 1 KSSR (Masalah pembelajaran)

Tema : 4. Kemahiran membaca

Standard kandungan : 4.1 Menyebut huruf

Stardard Pembelajaran : 4.1.2 Menamakan dan membunyikan huruf vokal

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat.

2. Memadankan bentuk huruf vokal yang sama.

3. Mengecam huruf vokal dalam perkataan.

Pengisian Kurikulum:

i. Ilmu: Pendidikan Moral

ii. Nilai: Bekerjasama, kesabaran, ketekunan, kesungguhan

iii. Unsur terapi : motor halus, pertuturan

iv. KBKK: Menjana idea

Bahan Bantu Mengajar: ICT, Kad huruf Vokal, Kad Perkataan, Lembaran kerja,

LANGKAH

AKTIVITI

CATATAN

Set induksi

Nyanyian

Lagu: Pak Mamat ada kebun

· Guru memperdengarkan murid sebuah lagu.

· Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama .

· Guru membimbing murid menyanyikan lagu tersebut.

· Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pembelajaran hari ini.

Lagu : Pak Mamat ada kebun

Langkah 1

Menyebut huruf vokal

· Guru menyebut huruf vokal mengikut urutan ke depan dan ke belakang satu persatu.

· Murid menyebut kembali dengan bantuan guru satu persatu.

· Guru meminta murid menyebut huruf yang tertera di hadapan dengan bantuan guru.

· Murid menyebut berulang-ulang kali bersama-sama guru

Kad huruf vokal / ICT

powerpoint

Langkah 2

Padanan kad

· Guru meminta murid menamakan dan menyebut huruf vokal yang ditunjukan dengan bimbingan guru.

· Guru meminta murid mengecam huruf vokal dengan menamakannya.

· Murid menyebutkan huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru.

· Seterusnya guru meminta murid memadankan bentuk huruf vokal yang sama daripada lembaran kerja yang diberi.

Lembaran kerja

Langkah 3

Mengecam huruf vokal dalam perkataan

· Guru menunjukkan kad perkataan .

· Murid diminta menyatakan huruf vokal yang tertera dalam kad perkataan tersebut.

· Guru mengulangi langkah yang sama dengan menggunakan perkataan yang lain.

Kad perkataan

Langkah 4

Permainan bahasa

· Guru menampalkan huruf vokal di tempat yang sesuai.

· Murid diberi kad yang sama dan guru meminta murid menampal kad tersebut ditempat yang sama.

Kad huruf Vokal

Penutup

· Guru meminta murid menyebut kembali huruf yang telah dipelajari.

· Guru dan murid menyanyikan kembali lagu

‘Pak Mamat Ada Kebun’

Kad huruf vokal

Lagu: Pak Mamat Ada Kebun

No comments:

Post a Comment