Perkara : Bahasa Melayu
Tahun : 1 KSSR (Masalah pembelajaran)
Tema : 4. Kemahiran membaca
Standard kandungan : 4.1 Menyebut huruf
Stardard Pembelajaran : 4.1.2 Menamakan dan membunyikan huruf vokal
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat.
2. Memadankan bentuk huruf vokal yang sama.
3. Mengecam huruf vokal dalam perkataan.
Pengisian Kurikulum:
i. Ilmu: Pendidikan Moral
ii. Nilai: Bekerjasama, kesabaran, ketekunan, kesungguhan
iii. Unsur terapi : motor halus, pertuturan
iv. KBKK: Menjana idea
Bahan Bantu Mengajar: ICT, Kad huruf Vokal, Kad Perkataan, Lembaran kerja,
LANGKAH | AKTIVITI | CATATAN |
Set induksi
Nyanyian Lagu: Pak Mamat ada kebun | · Guru memperdengarkan murid sebuah lagu. · Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama . · Guru membimbing murid menyanyikan lagu tersebut. · Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pembelajaran hari ini.
|
Lagu : Pak Mamat ada kebun |
Langkah 1
Menyebut huruf vokal
| · Guru menyebut huruf vokal mengikut urutan ke depan dan ke belakang satu persatu. · Murid menyebut kembali dengan bantuan guru satu persatu. · Guru meminta murid menyebut huruf yang tertera di hadapan dengan bantuan guru. · Murid menyebut berulang-ulang kali bersama-sama guru
|
Kad huruf vokal / ICT powerpoint |
Langkah 2
Padanan kad
| · Guru meminta murid menamakan dan menyebut huruf vokal yang ditunjukan dengan bimbingan guru. · Guru meminta murid mengecam huruf vokal dengan menamakannya. · Murid menyebutkan huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru. · Seterusnya guru meminta murid memadankan bentuk huruf vokal yang sama daripada lembaran kerja yang diberi.
|
Lembaran kerja |
Langkah 3
Mengecam huruf vokal dalam perkataan | · Guru menunjukkan kad perkataan . · Murid diminta menyatakan huruf vokal yang tertera dalam kad perkataan tersebut. · Guru mengulangi langkah yang sama dengan menggunakan perkataan yang lain.
|
Kad perkataan |
Langkah 4
Permainan bahasa | · Guru menampalkan huruf vokal di tempat yang sesuai. · Murid diberi kad yang sama dan guru meminta murid menampal kad tersebut ditempat yang sama.
|
Kad huruf Vokal |
Penutup | · Guru meminta murid menyebut kembali huruf yang telah dipelajari. · Guru dan murid menyanyikan kembali lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’
| Kad huruf vokal
Lagu: Pak Mamat Ada Kebun |