Wednesday, 28 November 2012








PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN (KB)
SEMESTER 2 (KOHORT 3) 2012
KPD 3026

cikgumawarmelati.blogspot.com



AHLI KUMPULAN:

  • WAN ANITA BT WAN MAMAT ( PPG/11481/12)   
  • ROSLIZA BT HAMZAH ( PPG/13036/12)   
  • HASNAH BT ABD RASHID ( PPG/11323/12)  
  • NORAZIAN BT ARIFIN ( PPG/13015/12 )  
  • LATIFAH BT OMAR ( PPG/11336/12 )     





NAMA PENSYARAH :DR AZIDAH ABU ZIDEN






CARA MENANAM POKOK  
 BUNGA DI DALAM PASU
DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK GABUNGAN TANAMAN 





-STORYBOARD-






Memperkenalkan  tajuk pengajaran hari ini.

     
                  TEKNIK GABUNGAN TANAMAN









LANGKAH 1

  • Memperkenalkan bahan



  • Bahan – bahan yang diperlukan iaitu tanah, pasu bunga besar, bunga yang tinggi ,4 pasu  bunga renek yang berlainan  warna, penyeduk tanah dan penyiram.










LANGKAH 2


  • Menutup pasu bunga yang berlubang dengan menggunakan batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak terkeluar apabila disiram











  • Masukkan serpihan pasu untuk menutup lubang pasu bunga yang besar.









LANGKAH 3



  • Masukkan tanah yang mengandungi tanah organik, kompos dan sekam/sabut kelapa


 








  • Masukkan tanah ke dalam pasu.
  • Masuk kan tanah hanya 1/3 daripada paras pasu bunga dahulu










LANGKAH 4

  • Ambil bunga yang tinggi dahulu kemudian ditanam  ditengah-tengah  pasu bunga.












  • Diikuti dengan bunga renek secara selang- seli dengan berlainan warna disekeliling pokok tadi.










  • Pastikan bunga diletakkan secara berselang-seli. Seterusnya masukkan tanah disekeliling sehingga penuh untuk memastikan kedudukan bunga stabil.











LANGKAH 5


  • Akhir sekali bunga di dalam pasu perlu disiram bagi memastikan bunga berkeadaan segar.













  • Bunga hiasan yang telah siap ditanam dengan menggunakan teknik gabungan tanaman.












  • Contoh hiasan tanaman












         PENGAGIHAN TUGAS





BIL
NAMA AHLI
PENGAGIHAN TUGAS
1.
WAN ANITA BT WAN MAMAT
PPG/11481/12
PENYEDIAAN BAHAN, STORYBOARD, RAKAMAN, SUNTINGAN.
2.
ROSLIZA BT HAMZAH
PPG/13036/12
PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN, PENYEDIAAN BAHAN , STORYBOARD, MUATNAIK BLOG.
3.
HASNAH BT ABD RASHID
PPG/11323/12
PENYEDIAAN BAHAN, RAKAMAN, SUNTINGAN, STORYBOARD.
4
NORAZIAN BT ARIFIN
PPG/13015/12
PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN, PENYEDIAAN TEMPAT, RAKAMAN, MUATNAIK BLOG.
5.
LATIFAH BT OMAR
PPG/11336/12
PENYEDIAAN TEMPAT, SUNTINGAN, STORYBOARD, MUATNAIK BLOG.








Sunday, 13 May 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Perkara : Bahasa Melayu

Tahun : 1 KSSR (Masalah pembelajaran)

Tema : 4. Kemahiran membaca

Standard kandungan : 4.1 Menyebut huruf

Stardard Pembelajaran : 4.1.2 Menamakan dan membunyikan huruf vokal

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat.

2. Memadankan bentuk huruf vokal yang sama.

3. Mengecam huruf vokal dalam perkataan.

Pengisian Kurikulum:

i. Ilmu: Pendidikan Moral

ii. Nilai: Bekerjasama, kesabaran, ketekunan, kesungguhan

iii. Unsur terapi : motor halus, pertuturan

iv. KBKK: Menjana idea

Bahan Bantu Mengajar: ICT, Kad huruf Vokal, Kad Perkataan, Lembaran kerja,

LANGKAH

AKTIVITI

CATATAN

Set induksi

Nyanyian

Lagu: Pak Mamat ada kebun

· Guru memperdengarkan murid sebuah lagu.

· Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama .

· Guru membimbing murid menyanyikan lagu tersebut.

· Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pembelajaran hari ini.

Lagu : Pak Mamat ada kebun

Langkah 1

Menyebut huruf vokal

· Guru menyebut huruf vokal mengikut urutan ke depan dan ke belakang satu persatu.

· Murid menyebut kembali dengan bantuan guru satu persatu.

· Guru meminta murid menyebut huruf yang tertera di hadapan dengan bantuan guru.

· Murid menyebut berulang-ulang kali bersama-sama guru

Kad huruf vokal / ICT

powerpoint

Langkah 2

Padanan kad

· Guru meminta murid menamakan dan menyebut huruf vokal yang ditunjukan dengan bimbingan guru.

· Guru meminta murid mengecam huruf vokal dengan menamakannya.

· Murid menyebutkan huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru.

· Seterusnya guru meminta murid memadankan bentuk huruf vokal yang sama daripada lembaran kerja yang diberi.

Lembaran kerja

Langkah 3

Mengecam huruf vokal dalam perkataan

· Guru menunjukkan kad perkataan .

· Murid diminta menyatakan huruf vokal yang tertera dalam kad perkataan tersebut.

· Guru mengulangi langkah yang sama dengan menggunakan perkataan yang lain.

Kad perkataan

Langkah 4

Permainan bahasa

· Guru menampalkan huruf vokal di tempat yang sesuai.

· Murid diberi kad yang sama dan guru meminta murid menampal kad tersebut ditempat yang sama.

Kad huruf Vokal

Penutup

· Guru meminta murid menyebut kembali huruf yang telah dipelajari.

· Guru dan murid menyanyikan kembali lagu

‘Pak Mamat Ada Kebun’

Kad huruf vokal

Lagu: Pak Mamat Ada Kebun

Set Induksi - Lagu Pak Mamat Ada Kebun


Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada kucing, iya iya o
Miaw miaw sana miaw miaw sini
Sana sini asyik miaw miaw

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada burung, iya iya o
Cip cip sana cip cip sini
Sana sini asyik cip cip

Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada lembu, iya iya o
Moo moo sana moo moo sini
Sana sini asyik moo moo

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada angsa, iya iya o
Ang ang sana ang ang sini
Sana sini asyik ang ang

Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada kerbau, iya iya o
Kuak kuak sana kuak kuak sini
Sana sini asyik kuak-kuak

Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada kambing, iya iya o
Bek bek sana bek bek sini
Sana sini asyik bek bek

Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada ayam, iya iya o
Kokok sana kokok sini
Sana sini asyik kokok

Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada itik, iya iya o
Kuek kuek sana kuek kuek sini
Sana sini asyik kuek kuek
Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Langkah 1 - Huruf Vokal


KAD HURUF VOKAL

Slide show-Huruf Vokal

Langkah 2 - Padanan Kad

Padankan huruf vokal di bawah ini.

Langkah 3 - Mengecam Huruf Vokal Dalam Perkataan

Mengecam huruf vokal